Pastinya ramai para pembaca tertanya-tanya tentang kos atau modal memulakan ternakan burung walit.
Berdasarkan kajian ke atas beberapa penternak walit di kawasan Johor Timur dan Pahang, tiada kos yang standard atau yang seragam khususnya dalam pembinaan rumah walit.
Ia bergantung kepada jenis dan bentuk rumah yang bakal dibina.Ada yang membina rumah walit di tanah kosong atau di kebun-kebun.Ada yang mengubahsuai bangunan lama yang telah tidak digunakan lagi.Ada juga yang mengubahsuai tingkat atas bangunan2 kedai.Oleh itu kosnya berlainan.
KOS BINA BANGUNAN DI TANAH PERTANIAN ATAU KEBUN
Merujuk kepada para kontraktor burung walit,kos membina bangunan rumah walit jenis ini ialah diantara RM 40 hingga RM 50 sekaki persegi setiap tingkat.(lengkap dengan kayu/rak burung dan sistem bunyi-bunyian).
Contohnya anda ingin membina sebuah bangunan walit bersaiz 20 kaki lebar X 70 kaki panjang setinggi 3 tingkat.
Kos ialah RM 50 X 1400 kaki pesegi X 3 tingkat
= RM 210,000.00 sahaja.
Kos ini adalah anggaran sahaja dan anda boleh berbincang dengan kontraktor walit di kawasan anda untuk kos sebenar.
KOS UBAHSUAI RUMAH KEDAI
Menternak walit di rumah kedai tingkat atas semakin berleluasa. Di sesetengah bandar ianya dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan manakala di sesetengah bandar ianya tidak dibenarkan.Anda dinasihatkan merujuk dahulu pihak PBT di kawasan anda sebelum anda mengubahsuai rumah kedai anda menjadi rumah walit. Kos ubahsuai untuk setiap tingkat adalah sekitar RM 40,000 bagi satu tingkat bersaiz 20 kaki X 70 kaki.